Serlahkan keanggunanmu, wahai puteri hijabi!

Dirimu disulami dengan hamparan fesyen tudung shawl yang beraneka corak dan warna. Gayamu manis mengenakan hijab bersama padanan busana yang memancarkan personalitimu. Semua mata memandang indah bak puteri yang mekar.

Dirimu kini bergelar Prinsipessa.

Prinsipessa (puteri di dalam bahasa Itali) mengetengahkan rekaan tudung shawl kontemporari untuk wanita Muslimah yang mementingkan gaya dan ketrampilan.

Diasaskan pada tahun 2014, Prinsipessa membariskan pelbagai pilihan shawl dan awning dengan corak dan rona warna yang menawan. Semua rekaan kami dihasilkan secara jahitan tangan dengan menggunakan kain berkualiti tinggi seperti kain satin, georgette dan chiffon yang mudah disesuaikan dan digayakan mengikut gaya anda. Adakah anda sedang mencari tudung shawl dengan rekaan tertentu?

Di Prinsipessa, anda akan menemui pelbagai rekaan unik renda dan manik yang disulam pada tudung shawl dan awning. Tidak kira untuk penampilan kasual atau majlis keramaian, rekaan tudung dari Prinsipessa memenuhi keperluan anda.