SOalan Lazim

Selamat datang ke Ruangan FAQ Prinsipessa. Kepuasan anda terhadap perkhidmatan kami adalah amat penting buat kami. Kami bersedia menjawab segala masalah yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami.

Layari setiap kategori di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut:

Produk

Bagaimana saya hendak mencari koleksi tudung di dalam laman web anda?

Melalui Butang Carian:
Anda boleh menggunakan kotak carian pada ruang atas belah kanan di laman utama untuk mencari tudung dengan rekaan tertentu. Taip jenis tudung yang anda ingini dan senarai tudung akan dipaparkan.

Carian Secara Terus:
Jika anda ingin mencari tudung-tudung tertentu, klik pada menu ‘Tudung Shawl’ dan ‘Tudung Inner’ pada paparan atas di laman utama. Katalog tudung akan dipaparkan, pilih tudung yang diingini dengan menekan gambar tudung, kemudian tekan butang ‘Pesan Sekarang’ dan isi borang pesanan.

Telefon dan E-mail:
Hubungi kami di talian +603 - 5518 0443 atau emel kepada kami di info@prinsipessa.com . Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami akan membantu anda memilih tudung dan membuat pesanan di dalam talian.

Bagaimana saya ingin memilih tudung yang sesuai dengan saya?
Anda boleh lihat katalog tudung-tudung kami dengan menekan paparan menu ‘Tudung Shawl’ dan ‘Tudung Inner’. Setiap tudung mempunyai penerangan terperinci seperti material yang digunakan, saiz, warna serta harga (tidak termasuk kos penghantaran).

Bagaimana jika tudung yang saya pesan tidak sama dengan gambar tudung yang dipaparkan di dalam laman web?
Kami komited untuk menghasilkan tudung yang berkualiti dan memenuhi kehendak anda. Setiap ukuran, warna dan material tudung telah diperiksa dengan teliti agar ianya sama seperti yang dipaparkan di dalam laman web. Jika anda tidak berpuas hati dengan pesanan tudung anda, hantarkan kembali tudung (yang masih belum digunakan dan dalam keadaan yang baik) bersama dengan butiran invois pesanan dalam masa 14 hari dari tarikh pesanan dibuat untuk menerima pemulangan wang. Caj penghantaran pesanan tidak akan dipulangkan.

*Ketersediaan dan stok produk*
Harga dan stok produk adalah tertakluk kepada perubahan yang kami buat tanpa notis. Prinsipessa tidak bertanggungjawab terhadap kesalahan ejaan dan tatabahasa.

Penghantaran

Adakah anda menawarkan penghantaran percuma?
Buat masa ini kami tidak menyediakan penghantaran secara percuma lagi. Tempoh penghantaran adalah dalam masa 3-5 hari bekerja menggunakan perkhidmatan Poslaju. Pesanan adalah bergantung kepada stok yang masih ada.

Bilakah saya boleh menerima pesanan saya?
Setelah pesanan anda disahkan oleh sistem pesanan atas talian kami, kami akan mula memproses pesanan anda. Jika anda membuat pembayaran secara pemindahan deposit dari mesin ATM, pesanan anda hanya akan diproses hanya setelah kami menerima bukti pembayaran dari anda.

Tempoh penghantaran adalah dalam masa 3-5 hari bekerja (untuk Semenanjung Malaysia) dan 4-5 hari bekerja (untuk Sabah dan Sarawak) jika anda membuat pesanan dan telah disahkan sebelum pukul 2.30 petang.

Jika tudung yang saya ingin pesan tiada stok, bila agaknya stok baru akan ada?
Kami akan mengemaskini stok terbaru di laman web kami. Sila lawati laman web kami sentiasa untuk mengetahui status stok terbaru. Pesanan adalah tertakluk kepada siapa cepat dia dapat.

Bagaimana saya boleh mengesan pesanan saya?
Anda akan menerima email pengesahan penghantaran yang dihantar setelah pesanan anda diposkan. Di dalam email tersebut akan tertera butiran pembelian beserta nombor pengesan Poslaju yang anda boleh rujuk kepada pihak Poslaju untuk mengetahui status penghantaran anda.

Jika anda tidak memberikan alamat email anda, sila simpan butiran pembelian yang kami berikan. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami akan mengesan nombor pengesan penghantaran anda. Hubungi kami di talian 03 55100441 (Isnin- Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang).

Perlukah saya menandatangani pakej pesanan saya?
Anda tidak semestinya perlu menandatangani pakej pesanan anda. Anda boleh pilih orang lain untuk menandatangi jika anda tiada semasa pesanan sampai.

Bagaimana jika saya tiada semasa pesanan saya sampai?
Anda akan menerima slip notis yang memberitahu anda supaya mengambil pesanan anda di pejabat pos yang berhampiran. Sekiranya anda ingin menerima pesanan ketika anda sedang bekerja, anda boleh memberikan alamat pejabat anda supaya anda boleh menerima pesanan semasa waktu bekerja.

Bolehkah pesanan saya diposkan ke alamat lain?
Ya, boleh. Anda boleh meletakkan alamat lain di ruang ‘Shipping Address’ semasa mengisi butiran pesanan anda.

Bolehkah pesanan saya diposkan ke alamat P.O Box?
Dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak membuat penghantaran ke alamat P.O Box kerana Poslaju memerlukan seseorang untuk menandatangani pesanan yang sampai.

Bagaimana jika saya meletakkan alamat yang salah?
Caj tambahan akan dikenakan jika alamat yang anda berikan adalah salah dan pakej pesanan perlu dihantar ke lokasi berlainan.

Bolehkah pesanan dihantar ke luar negara?
Ya, boleh. Semua penghantaran antarabangsa akan mengambil masa 7-12 hari bergantung kepada kawasan penghantaran antarabangsa. Kos penghantaran adalah bergantung kepada berat produk dan lokasi. Hubungi kami di talian 03 55100441 atau emelkan kami di info@prinsipessa.com untuk mendapatkan maklumat lanjut

Pesanan dan Pembayaran

Saya masih baru di sini. Bagaimana saya ingin membuat pesanan di Prinsipessa?

Langkah 1:
Daripada laman web utama, klik pada menu ‘Tudung Shawl’ dan ‘Tudung Inner’ pada paparan atas laman utama. Katalog tudung akan dipaparkan.

Langkah 2:
Daripada katalog tudung, pilih mana-mana tudung yang anda mahukan dengan menekan gambar tudung tersebut.

Langkah 3:
Pada laman produk, anda akan melihat butiran produk seperti nama produk, ukuran, warna, maklumat penghantaran, stok dan harga. Tekan butang ‘Pesan Sekarang’ untuk memesan.

Langkah 4:
Pada ruang pesanan, anda akan melihat jumlah harga pesanan anda. Jika anda mahu membuat pesanan lain, klik butang ‘Sambung Pembelian’. Jika anda mempunyai kod diskaun, letakkan kod tersebut di ruangan ‘Letak Kod Kupon Di Sini’. Jika anda berpuas hati dengan pesanan anda dan mahu membuat pembelian, klik butang ‘Isi Borang Pembelian’.

Langkah 5:
Isikan maklumat anda seperti nama, alamat rumah dan alamat pesanan, alamat email, nombor telefon dan kaedah pembayaran. Jika semua maklumat telah diisi dan disahkan, klik butang ‘Buat Pembayaran’.

Langkah 6:
Jika anda memilih pembayaran secara dalam talian, iaitu perbankan online, anda akan dibawa ke laman baru iaitu laman web pemproses pesanan online. Anda perlu memasukkan nama dan kata laluan anda untuk mengakses ke akaun bank anda. Ikuti panduan yang diberikan untuk melengkapkan pembayaran anda.

Jika anda memilih pembayaran secara pemindahan deposit dari mesin ATM, buat pembayaran berdasarkan jumlah pembayaran yang tertera pada pesanan anda. Setelah pembayaran dibuat, emailkan slip pembayaran tersebut ke emel kami iaitu info@prinsipessa.com untuk pengesahan. Sertakan nama anda dan nombor pesanan anda untuk rujukan kami.

Adakah pembelian saya selamat di laman web Prinsipessa?
Sistem pembayaran Prinsipessa direka khas untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Maklumat anda disimpan hanya untuk rekod pesanan dan rujukan sahaja. Maklumat anda tidak akan dikongsikan dengan pihak-pihak lain dalam apa jua sekalipun.

Apakah kaedah pembayaran yang disediakan?
Kami menerima pembayaran secara perbankan dalam talian dan pemindahan deposit dari mesin ATM sahaja.

Apakah tahap keselamatan sistem pembayaran online Prinsipessa?
Sistem pembayaran online kami dikuasakan oleh iPay88 dari syarikat Mobile88.com Sdn Bhd yang memproses pesanan secara online banking.

Pembayaran anda disokong dengan sistem keselamatan yang mematuhi Piawai Keselamatan Data dan Akta Sekuriti Malaysia.
Kami menerima pembayaran dalam talian dari bank-bank tempatan seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB and AM Bank.

Bagaimana saya ingin membuat pembayaran secara pemindahan deposit dari mesin ATM?
Pilih ‘Bank In’ di ruang Maklumat Pembayaran semasa mengisi butiran anda sebelum membuat pembayaran. Selepas pesanan dibuat, sila buat pembayaran berdasarkan jumlah pembayaran yang tertera pada pesanan anda dalam masa 36 jam. Setelah pembayaran dibuat, emelkan slip pembayaran tersebut ke emel kami iaitu info@prinsipessa.com untuk pengesahan. Sertakan nama anda dan nombor pesanan anda untuk rujukan kami. Anda juga boleh fakskan slip pembayaran anda ke +603 - 5518 0443.

Saya tidak menerima email. Bagaimana saya ingin tahu pesanan saya sudah diterima?
Anda akan menerima emel pengesahan pesanan daripada kami dalam masa 2 hari bekerja setelah pembayaran dibuat. Hubungi kami di talian +603 - 5518 0443 Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang jika anda masih tidak menerima pesanan anda.

Komputer saya tiba-tiba terpadam semasa saya menunggu pesanan saya diproses secara perbankan dalam talian. Bagaimana saya ingin tahu pembayaran saya sudah berjaya?
Anda akan mengetahui bahawa pembayaran anda sudah berjaya apabila anda menerima emel pengesahan daripada Prinsipessa. Jika tidak, anda perlu membuat pesanan terbaru. Hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mengesahkan kembali pesanan anda.

Harga

Apakah matawang yang digunakan?
Semua harga tudung adalah di dalam Ringgit Malaysia.

Berapa kerap harga tudung di dalam laman web berubah?
Harga berubah berdasarkan situasi tertentu seperti promosi. Harga asal adalah tertakluk kepada syarikat tanpa perlu mengeluarkan notis.

Pemulangan Semula Pesanan

Apakah polisi pemulangan semula?
Jika anda tidak berpuas hati dengan pesanan tudung anda, hantarkan kembali tudung (yang masih belum digunakan dan dalam keadaan yang baik) bersama dengan butiran invois pesanan dalam masa 14 hari dari tarikh pesanan dibuat untuk menerima pemulangan wang. Caj penghantaran pesanan tidak akan dipulangkan.

Hubungi kami di talian 03 55180443 Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang untuk maklumat lanjut.

Saya telah membuat pesanan tetapi pesanan yang saya terima adalah berlainan daripada apa yang saya minta. Apa yang saya perlu lakukan?
Kami di Prinsipessa sentiasa memastikan setiap pesanan anda adalah bertepatan dengan pesanan yang anda buat. Jika pesanan yang anda terima berlainan atau ada kekurangan kuantiti pesanan, kam memohon maaf terlebih dahulu. Hubungi kami di talian 03 55180443 Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kami akan minta pihak Poslaju untuk mengambil semula pesanan yang salah dari alamat anda dan kami akan menghantar pesanan yang sebetulnya kepada anda.

Privasi dan Keselamatan

Adakah pesanan saya secara perbankan dalam talian adalah selamat?
Sistem pembayaran dalam talian kami dikuasakan oleh iPay88 dari syarikat Mobile88.com Sdn Bhd yang memproses pesanan secara dalam talian. Semua transaksi adalah dilindungi melalui penggunaan enkripsi privasi dan keselamatan kami.

Pembayaran anda disokong dengan sistem keselamatan yang mematuhi Piawai Keselamatan Data dan Akta Sekuriti Malaysia.
Kami menerima pembayaran secara dalam talian dari bank-bank tempatan seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB and AM Bank.

Saya tidak mahu membuat pesanan secara dalam talian. Adakah ada cara lain untu ksaya membuat pesanan?
Buat masa ini, kami syorkan anda untuk membuat pesanan secara daam talian seperti perbankan online atau secara pemindahan wang dari mesin ATM. Jika anda ada-apa kemusykilan, hubungi kami di talian 03 55100441 Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang.

Hubungi Kami

Nombor pejabat: +603 - 5518 0443

Masa Perkhidmatan Pelanggan:
Isnin-Jumaat: 9 a.m-6 p.m
Emel:
Emelkan pertanyaan, komen dan cadangan anda ke info@prinsipessa.com . kami akan membalas emel anda dalam masa 24 jam (hari bekerja sahaja).

Alamat surat menyurat:
Principessa Trade Sdn. Bhd.,
Suite 18-4, UBSA Tower,
Persiaran Damai, Section 11,
40100 Shah Alam, Selangor,
Malaysia.